MOHAMAD AZMAN KARIM & ASSOCIATES

Perunding Keluarga Islam, Perunding Syariah, Peguam Harta Pusaka, Hibah, Wasiat & Waqaf, Peguam Syarie (Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Selangor & Negeri Sembilan)

Wednesday, August 19, 2009

PERHATIAN:

Firma guaman MOHAMAD AZMAN KARIM & ASSOCIATES kini sedang mencari Student Chambering Syariah untuk ditempatkan segera (1hb September 2009) di pejabat Sungai Petani, Kedah...kepada sesiapa yang berminat sila hubungi 019-2359687 atau 017-4580448.


May Allah grant you the Strength and Yaqeen to complete this blessed month of Ramadaan, Inshaa-Allah.And may you take full advantage of these powerful days, Inshaa-Allah.

May I take this opportunity to wish you,Your family, friends and loved ones,A Blessed Month of Ramadaan...

May Allah's mercy and blessings be with you throughout the Holy month of sacrifice and throughout the year, Inshaa-Allah.May all your good deeds & du'as be accepted,Wishes fulfilled and all your sins forgiven.

May Allah grant us the strength to help those less fortunate in Allah's name, Inshaa-Allah!

Ramadaan Mubarak!!!
Ampun dan maaf dipohon atas segala kesilapan yang lalu, semoga Ramadhan ini memberi seribu keinsafan & keredaan kepada diri kita semua.






MOHAMAD AZMAN KARIM & ASSOCIATES adalah sebuah firma guaman syarie yang yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

1. Memberi khidmat nasihat dan panduan berhubung prosedur,
pemakaian dan perlaksanaan undang-undang syariah kepada klien.

2. Menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan berhubung kes-kes
yang difailkan oleh klien di Mahkamah dan jabatan-jabatan yang berkaitan.

3. Mewakili klien dalam prosiding kes yang difailkan di Mahkamah.

4. Menyediakan surat wasiat, hibah dan dokumen lain yang diperlukan
berhubung pengurusan harta dalam Islam yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dan Pejabat Pusaka Kecil.

KES-KES YANG DIKENDALIKAN OLEH FIRMA KAMI:

1. Permohonan perkahwinan

- Wali Hakim
- Poligami

2. Pengesahan & Pendaftaran Pernikahan luar negara (Thailand,
Indonesia dan sebagainya.

3. Sabitan Nusyuz/Perintah taat

4. Perceraian

- Cerai seksyen 47
- Fasakh
- Ta'liq
- Khulu' (tebus talak)
- Anggapan Mati
- Faraq Pernikahan

5. Tuntutan selepas perceraian

- Nafkah iddah
- Mutaah
- Harta sepencarian
- Nafkah tertunggak isteri
- Hutang

6. Hak Jagaan (hadhanah) & Nafkah Anak

- Nafkah tertunggak anak
- Hak lawatan dan bermalam
- Hak lawatan dan bermalam di musim perayaan dan cuti
sekolah
- Nafkah musim perayaan
- Nafkah untuk bayaran persekolahan

7. Perlaksanaan & Penguatkuasaan Perintah Mahkamah Syariah

8. Pengesahan Wasiat dan Hibah serta permohonan sijil Faraid

9. Kes-kes Jenayah Syariah

10. Kes-Kes Pusaka di Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil

11. Jual Beli Tanah

12. Pengesahan Nasab/Keturunan

13. Gantirugi Pertunangan

14. Pindah Milik Tanah di Pejabat Tanah Daerah

_______________________________________

ALAMAT-ALAMAT PEJABAT:

KEDAH DARUL AMAN:

1. Masjid Abdul Rahman, Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani, Kedah.
(Bersebelahan dengan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah)

Tel: 04-4204240 Faks: 04-4204241

Waktu Urusan: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Hari : Ahad hingga Khamis

KUALA LUMPUR:

2. Tingkat 5, Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak, 50500 Kuala Lumpur.
(Bersebelahan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur)

Tel: 019-2359687 Faks: 03-26938252

Waktu Urusan : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Hari : Isnin hingga Jumaat
______________________________________

PERHATIAN:

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami maka boleh menghubungi di talian
017-4580448 atau 019-2359687

________________________________________
ADUAN MASALAH DAN PENYELESAIAN

Kepada sesiapa yang ingin mempunyai masalah berkaitan kes-kes di Mahkamah Syariah, sila emailkan kepada kami di alamat azmankarim_law77@yahoo.com atau menghubungi kami di talian 017-4580448 atau 019-2359687

INSYA ALLAH pihak kami akan cuba menyelesaikan masalah anda.


_____________________________

HIRARKI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

1) Mahkamah Rendah Syariah

2) Mahkamah Tinggi Syariah

3) Mahkamah Rayuan Syariah

________________________________

JENIS-JENIS KES DI MAHKAMAH SYARIAH

1. PERMOHONAN WALI HAKIM

Setiap perkahwinan orang Islam perlu memenuhi 5 rukun nikah iaitu calon suami, calon isteri, wali, saksi dan aqad. Dalam masyarakat kita, rukun nikah yang berkaitan dengan WALI sering menjadi masalah terutamanya kepada pengantin perempuan yang ingin bernikah. Mengikut senarai kedudukan wali di peringkat akhir ialah WALI HAKIM. Terdapat beberapa keadaan yang memboleh seseorang calon isteri menggunakan WALI HAKIM semasa dalam majlis akd nikah iaitu:

Pertama: TIDAK ADA WALI NASAB

Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya.

Kedua: ANAK TIDAK SAH TARAF (ANAK LUAR NIKAH) ATAU ANAK ANGKAT
Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.
Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.
Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keaaan sebenar.

Ketiga: WALI YANG TIDAK CUKUP SYARAT .
Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.

Keempat: WALI AQRAB MENUNAIKAN HAJI ATAU UMRAH
Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda: \
“Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin”.
(Riwayat Muslim).
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.

Kelima: WALI ENGGAN
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”. (Al-Baqarah: 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud).
Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya”.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu. Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda: “Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunya wali”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

WALI BERADA JAUH ATAU GHAIB
Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin perempuan berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada pengantin perempuan iaitu siapa yang berhak menjadi wali?.
Mengikut Mazhab Syafi’e, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab’ad. Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.
Persoalan yang tmbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu? Menurut Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran perjalanan itulah maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.
Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau pada masa dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu malam perjalanan unta, maka pada masa sekarang perjalanan dua marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja, bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah seperti dalam satu daerah sahaja.
Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau ghaib meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui surat supaya ia mewakilkan hak kewaliannya kepada orang lain untuk mengahwinkan pengantin perempuan atau menunggu kepulangannya (jika ia mahu pulang segera) kerana perhubungan sekarang amat mudah dan cepat.
Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tiadak diketahui langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada wali hakim.

PERMOHONAN WALI HAKIM DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Sekiranya seseorang calon isteri menghadapi masalah-masalah yang dinyatakan di atas, maka calon isteri tersebut perlu mengemukakan PERMOHONAN WALI HAKIM di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di mana tempat calon isteri bermastautin dan kemudiannya Mahkamah Rendah Syariah akan mengeluarkan satu perintah kebenaran bernikah dengan menggunakan wali hakim setelah Yang Arif Hakim berpuas hati dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan semasa sesi perbicaraan.

2. POLIGAMI

Seperti mana yang kita ketahui, antara kes yang menjadi tumpuan masyarakat di negar kita ialah kes POLIGAMI iaitu bernikah lebih daripada seorang isteri dan tidak lebih dengan 4 orang isteri dalam satu masa. Berdasarkan peruntukkan undang-undang syariah di negara ini terdapat dua (2) di bawah perkara POLIGAMI iaitu:

1) Permohonan Untuk Berpoligami

2) Permohonan Pengesahan Nikah Poligami

1) Permohonan Untuk Berpoligami

Dalam kes ini, mana-mana suami yang ingin mempunyai isteri lebih daripada seorang isteri perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berpoligami. Pihak mahkamah sebelum memberi kebenaran kepada seorang suami untuk berpoligami perlu merujuk kepada peruntukkan seksyen 23 (Peruntukan Poligami dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri). Sekiranya pihak mahkamah berpuashati dengan keterangan-keterangan yang diberikan dengan syarat memenuhi peruntukkan seksyen 23 tersebut maka, pihak mahkamah akan meluluskan permohonan berpoligami tersebut. Sebagai contoh, perlu diberi perhatian sekiranya seorang suami ingin berpoligami perlu memenuhi syarat-syarat yang terdapat dalam seksyen 23 tersebut (merujuk kepada seksyen 23 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2004) iaitu:

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung sebagaimana dikehendaki oleh hukum syarak semua isteri dan orang tanggungannya termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut hukum syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang seida ada.

Di peringkat ini, pihak mahkamah akan mendengar keterangan-keterangan daripada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, bakal isteri dan juga wali kepada bakal isteri. Setelah pihak suami memenuhi syarat-syarat di atas, kemudian mahkamah akan mengeluarkan surat kebenaran untuk berpoligami untuk digunakan semasa urusan proses permohonan pernikahan di pejabat agama kelak.

2) Permohonan Pengesahan Nikah Poligami

Dalam kes ini, kebiasaannya permohonan kes di buat setelah seorang suami berkahwin seorang lagi dan akad nikah tersebut dilakukan di luar daripada Negara Malaysia. Sebagai contoh seorang suami telah bernikah seorang lagi dengan wanita lain di Negara Thailand, Indonesia dan di negara-negara lain. Dalam kes ini, pasangan tersebut sama ada suami atau isteri perlu membuat permohonan untuk mengesah nikah tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah dan pihak mahkamah akan melakukan perbicaraan berkaitan dengan kedudukan nikah tersebut sama ada sah atau tidak di sisi hukum syarak. Pada peringkat ini isteri pertama akan turut terlibat dalam kes ini disebabkan pihak mahkamah akan menentukan bayaran nafkah bagi isteri pertama serta anak-anak yang sedia ada serta pengisytiharan tentang harta sepencarian dan walau bagaimanapun keadaan tersebut tidak berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Selepas permohonan diluluskan, maka pasangan tersebut akan melalui proses pendakwaaan disebabkan wujud kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan sebagainya. Setelah selesai proses pendakwaan tersebut, baru pernikahan tersebut boleh didaftarkan di mana-mana pejabat agama yang berbidangkuasa.

Read More......